Wednesday, March 16, 2011

REAL,CHELSEA MARA

MADRID, (D5) - Real Madrid cemerlang di tempat sendiri setelah menang 3-0 keatas Lyon sekaligus layak ke suku akhir Liga Juara-juara Eropah dengan agregat 4-1.

Real yang membawa bekal satu gol dari Lyon selepas seri 1-1 pada pertama ternyata bersemangat beraksi di tempat sendiri.

Marcelo membuka tirai jaringan pada minit ke-37 hasil gerakkan solonya.

Bermula dengan bertukar-tukar hantaran kepada Cristiano Ronaldo, Marcelo terus mara menggelecek ke kotak penalti sebelum merembat kencang menewaskan penjaga gol Lyon, Hugo Lloris.

Bekas pemain Lyon, Karim Benzema yang kini pemain Real menambah jaringan pada minit ke-66.

Angel Di Maria melengkapkan kemenangan bergaya Real apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-76.

Anak-anak buah Jose Mourinho mencipta sejarah sendiri apabila berjaya mara ke suku akhir selepas selama 6 musim lepas terkandas di pusingan 16 pasukan.

Dalam satu lagi perlawanan, Chelsea mara ke suku akhir biarpun hanya seri tanpa jaringan menentang Copenhagen di tempat sendiri.

Chelsea yang mara dengan agregat 2-0 gagal beraksi dengan baik.

Gandingan Didier Drogba dan Nicholas Anelka di bahagian serangan ternyata tumpul.

Pemain baru, Fernando Torres yang dibawa masuk sewaktu perlawanan berbaki 20 minit berjaya menghangatkan lagi perlawanan.

Bagaimanapun, Torres masih lagi mencari gol pertamanya bersama Chelsea semenjak berpindah daripada Liverpool Januari lalu.

No comments:

Post a Comment

Followers