Thursday, March 17, 2011

Liga Indonesia lebih baik Liga Malaysia

TIDAK pernah terlintas di hati , impian untuk beraksi di luar negeri hanya tiba ketika usia sudah 27 tahun. Mungkin bagi sebagian pihak, dalam usia itu, lebih baik bermain di tempat sendiri . Tetapi itulah dia Mohd Safee Sali - penyerang yang terkenal mempunyai tekad dan semangat yang cukup kuat walaupun keluarganya sendiri tidak sepenuh hati melepaskannya merantau ke Pelita Jaya FC - sebuah klub yang bermarkas di Karawang, Jawa Barat dan mendapat julukan The Young Guns. “Memang keluarga berat untuk melepaskan saya pergi bermain di Indonesia tetapi saya mahu mencuba dan mencari pengalaman beraksi di tempat orang. Lagipun, sebagai pemain bola sepak, ini adalah impian saya sejak dulu. Saya mahu merasai sendiri keseronokan bermain di liga yang lebih baik. “Memang sudah lama saya memasang impian untuk keluar tetapi apakan daya, baru kini berpeluang. Walaupun sudah berusia 27 tahun tetapi keinginan untuk bermain di tempat lain tidak pernah padam. Saya bersyukur kerana apa yang diimpikan, datang juga akhirnya,” kata Safee. Pertemuan dengan Safee semalam setidak-tidaknya menunjukkan betapa dia jujur pada diri sendiri dan sadar atau tidak, Safee sebenarnya memiliki satu kelebihan yang jarang ada pada pemain sepakbola malaysia - berani merantau untuk mempertaruhkan bakat walaupun sedar bintangnya belum tentu cerah di Indonesia. Penyerang Selangor yang dinobatkan sebagai top skor Piala Suzuki AFF baru-baru ini turut mengakui liga Indonesia jauh lebih baik dibanding Liga-M dan sebagai pemain bola , apa lagi yang diimpikan selain menunjukan bakat dan kebolehan di tempat orang. Safee akan pergi ke Indonesia pada senin ini dan aksi terakhirnya ialah menentang Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam, Sabtu ini. selengkapnya

No comments:

Post a Comment

Followers