Thursday, March 17, 2011

Liverpool,City kecundang

LIVERPOOL, (D5) - Juara Eropah lima kali, Liverpool tersingkir dari saingan Liga Europa selepas seri tanpa jaringan menentang Braga sekaligus tewas dengan agregat 1-0.

Liverpool yang turun tanpa kapten, Steven Gerrard (cedera) ternyata tidak bermaya meskipun penyerang baru, Andy Carroll beraksi sepenuh masa.

Peluang terbaik Liverpool untuk mencipta jaringan hadir pada minit ke-58 menerusi percubaan Joe Cole.

Penyerang baru, Carroll gagal mencuri tumpuan setelah tidak banyak mencipta peluang.

Braga layak ke suku akhir selepas menang 1-0 pada perlawanan pertama yang lalu.

Dalam perlawanan lain, pasukan bimbingan Roberto Mancini, Manchester City juga gagal melepasi halangan pusingan 16 pasukan.

Meskipun menang 1-0 lawan Dynamo Kiev hasil jaringan Kolarov, City gagal ke suku akhir kerana tewas kepada agregat 2-1.

Pemain bermasalah, Mario Balotelli dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama kerana mengasari Goran Popov menjadi punca kegagalan City untuk mengatasi Kiev.

Perlawanan-perlawanan lain menyaksikan PSG seri 1-1 dengan Benfica yang menyaksikan Benfica layak dengan agregat 3-2.

Di Rusia, Zenit menang 2-0 menentang FC Twente tetapi gagal mara kerana agregat 2-3 berpihak kepada Twente.

No comments:

Post a Comment

Followers