Saturday, March 26, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA VS ETOILE FC!!



Sedang berlangsung perlawanan persahabatan di antara pasukan harimau Malaya bertemu sebuah kelab dari Singapura Etoile FC...Pasukan ini merupakan juara bertahan Liga Singapura...yang menariknya pasukan Etoile FC ini di barisi hampir 100% pemain luar yang rata-ratanya berasal dari Perancis...Berlangsung di Stadium Jalan Besar Singapura.....pemain Malaysia yang kebanyakkannya di barisi pemain yang sama ketika menjulang Piala AFF sebelum ni......

sudah masuk minit ke 4..kedudukan masih lagi 0-0....Malaysia mendapat sepakan sudut yang pertama.....

minit ke 7 ........... MALAYSIA 1 0 ETOILE FC !!!
gol di jaringkan oleh Ahmad Fakhri Sharani

gol pertama Malaysia hasil hantaran lintang ke kotak penalti dan di tanduk cantik oleh Fakhri Sarani untuk menewaskan penjaga gol Etoile FC.......

masuk minit ke 30...masih lagi Malaysia 1 Etoile fc 0...satu pendedahan baik untuk Harimau Malaya kerana bertemu dengan pasukan yang mempunyai susuk tubuh dan fizikal yang tegap....mempunyai skill yang baik.....senang citer macam lawan kelab-kelab liga Inggeris laaaaa......

tamat separuh masa pertama .... masih kekal Malaysia 1 Etoile fc 0....


separuh masa kedua...

minit 55..masih kekal 1-0......

minit ke 62....pasukan Etoile FC menyamakan kedudukan.....menjadi 1-1......
gol hasil rembatan di luar kotak penalti yang mengelirukan Sharbini Alawi...

Malaysia membuat 3 pertukaran.....

minit 85 ...kedudukan 1-1......


tamat permainan.....

KEPUTUSAN MUKTAMAD.....

MALAYSIA 1 VS ETOILE FC 1

Sedikit Ulasan: kedua-dua pasukan menampilkan satu permainan yang menghiburkan...walupun pasukan Etoile FC yang di barisi sepenuhnya pemain dari Perancis namun pasukan Malaysia berjaya memberikan saingan yang sengit dan mempunyai banyak peluang menjaringkan gol.....tahniah Malaysia...

tahniah untuk Ultras Malaya yang memberikan sokongan padu di sana!


No comments:

Post a Comment

Followers