Thursday, March 17, 2011

Inter ,United mara ke suku akhir

MUNICH, (D5) - Juara bertahan, Inter Milan bangkit dari ketinggalan satu gol untuk menang 3-2 keatas Bayern Munich sekaligus layak ke suku akhir Liga Juara-juara Eropah dengan agregat 3-3.

Jaringan ditempat lawan yang memihak kepada Inter dengan tiga gol memastikan mereka berada di landasan yang betul untuk mempertahankan kejuaraan.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-4 menerusi Samuel Eto'o untuk menjadikan agregat 1-1, selepas Bayern memenangi perlawanan pertama di Milan, 1-0.

Pasukan tuan rumah bangkit menerusi hantaran Arjen Robben yang telah memaksa penjaga gol Inter, Julio Cesar melakukan kesilapan sebelum disambar masuk oleh Mario Gomez untuk menjadikan jaringan perlawanan 1-1.

Pasukan tuan rumah berjaya untuk berada di depan 10 minit selepas itu sekali lagi hasil gerakkan Robben yang melorong bola kepada Thomas Mueller untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Bayern yang berasa agak selesa dengan agregat 3-1 mula bermain dengan teknik bertahan.

Inter sedikit sebanyak menghasilkan beberapa gerakkan serangan untuk bangkit dalam perlawanan.

Ianya berhasil apabila lorongan bola Eto'o berjaya dirembat masuk oleh Wesley Sneijder pada minit ke-63 untuk menjadikan kedudukan 2-2.

Bayern, yang menganggap mereka masih lagi selesa dengan mendahului menerusi agregat 3-2, meneruskan gaya permainan dengan teknik bertahan dan mengawal bola.

Segala-galanya musnah kepada Bayern apabila serangan balas Inter berjaya membolos gawang mereka.

Hantaran Eto'o sekali lagi berjaya tepat kepada rakan sepasukan, Goran Pandev untuk merembat masuk menewaskan penjaga gol Bayern, Kraft pada minit ke-88 sekaligus menjadikan kedudukan terikat 3-3.

Inter layak ke suku akhir menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Dalam satu lagi perlawanan, Manchester United menempah slot ke suku akhir selepas berjaya menumpaskan Marseille2-1 di halaman sendiri.

Perlawanan pertama di Marseille yang berkesudahan tanpa jaringan ternyata memberi peluang yang seimbang kepada kedua-dua pasukan.

Kedua-dua gol dijaringkan oleh penyerang licik, Javier 'Chicharito' Hernandez pada minit kelima dan 75 sudah cukup untuk melayakkan United ke suku akhir meskipun Marseille berjaya mendapakan gol sagu hati menerusi jaringan sendiri oleh Wes Brown tujuh minit sebelum wisel penamat dibunyikan.

No comments:

Post a Comment

Followers