Wednesday, March 16, 2011

ARSENAL

LONDON, England - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mempertahankan Theo Walcott selepas pemain berusia 20 tahun itu dianggap tidak mempunyai ilmu bola sepak serta kurang bijak membaca permainan dan tidak sesuai bermain di peringkat antarabangsa.

Kritikan itu dibuat oleh bekas pemain England, Chris Waddle, selepas persembahan buruk Walcott dalam perlawanan yang dimenangi oleh England 3-1 ke atas Mesir.

Namun, bos Gunners itu menegaskan ramai pihakmeletakkan harapan terlalu tinggi kepada Walcott dan ia memberikan tekanan.

''Saya percaya Walcott akan menjadi pemain bola sepak yang hebat, dia masih muda dan berusia 21 tahun, dia mempunyai masa depan yang cukup cerah.

''Walcott mempunyai sikap yang bagus, bijak dan sentiasa bermotivasi tinggi. Ini adalah ciri-ciri pemain yang akan sentiasa meningkat, '' kata Wenger.

Waddle memberitahu BBC, Walcott perlu disingkirkan daripada senarai pasukan Piala Dunia Fabio Capello, kerana dia gagal memahami permainan sejak berpindah dari Southampton.

''Saya tidak pernah dia meningkat. Dia tidak faham cara permainan yang saya maksudkan, di mana dia harus berlari pada kawasan pertahanan lawan dan situasi dia perlu bermain satu-dua.

''Saya fikirkan dia tidak mempunyai naluri bola sepak dan dia akan mendapat masalah tersebut. Mungkin dia boleh bermain di bahagian depan namun kita tidak tahu di mana dia akan berlari.

''Secara jujurnya, pertahanan yang baik akan sentiasa berjaya meletakkan dia berada dalam posisi offsaid setiap masa,'' kata Waddle yang berusia 49 tahun.

Walcott hanya bermain untuk 57 minit di Wembley sebelum digantikan oleh pemain Manchester City, Shaun Wright-Phillips. - AFP

No comments:

Post a Comment

Followers